1.0 HIKMAH
Berpengetahuan luas dan bijaksana bertindak berlandaskan Al-Quran, Al-Sunnah dan alam Syahadah’ serta dapat memberi alasan yang munasabah dan bukti yang sesuai.
1.1 Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata, mampu membuat pertimbangan, keputusan dan tindakan dengan cepat dan tepat berlandaskan ilmu naqli dan aqli.
1.2 Celik akal
Pintar, cerdas dan berkemampuan memahami serta manaakul sesuatu dengan cepat dan tepat.
1.3 Maarifah
Pengetahuan yakin dan pengalaman yang membolehkan sesaorang menjelas dan mengamalkan prinsip dan asas-asas Islam.
1.4 Bercakap benar
Melahirkan kata-kata yang bernas, betul, dan jitu serta bertepatan dengan prinsip-prinsip Islam secara berhikmah untuk faedah semua.
1.5 Menegakkan kebenaran
Yakin dan berpegang teguh kepada kebenaran serta sentiasa menegakkan kebenaran dengan hikmah.
1.6 Kesyukuran
Perasaan, ucapan dan perlakuan yang dilahirkan dengan ikhlas terhadap segala nikmat kurniaan Allah S.W.T, sabar dan redha menerima ketentuan dan dugaanNya’ serta
berterima kasih terhadap sumbangan dan khidmat bakti yang diperolehi.
1.7 Takutkan Allah S.W.T.
Perasaan takut dan kagum akan kehebatan Allah S.W.T. yang mendorong sesaorang melakukan ketaatan dan meninggalkan larangannya.
1.8 Kerajinan
Usaha berterusan dengan penuh semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan daya usaha dalam melakukan sesuatu perkara untuk mencapai kecemerlangan.
1.9 Prihatin
Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat, menyedari masalah masyarakatk dan sedia berusaha menyelesaikannya.
1.10 Berketerampilan
Mempunyai kemahiran yang menyeluruh dalam berbagai-bagai bidang khasnya kebolehan berfikir, kemahiran belajar dan merekacipta.
2.0 ‘ADAALAH
Keadaan di mana sesuatu perkara itu diletakkan di tempatnya yang sebenar mengikut syariah Islamiah.
2.1 Kasih sayang
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam serta berkekalan, lahir daripada hati yang rela terhadap sesuatu berteraskan prinsip Islam.
2.2 Silaturrahim
Jalinan persaudaraan menghubungkan kaksih sayang berdasarkan pertalian nasab, musaharah, keagamaan, kejiranan dan kemanusiaan.
2.3 Berterima kasih
Pengiktirafan, penghargaan dan ganjaran yang diberikan sebagai mengenang dan membalas sesuatu sumbangan dan jasa.
2.4 Baik pertimbangan
Membuat pertimbangan yang wajar untuk menghasilkan keputusan saksama serta tidak menimbulkan sebarang penyesalan dan ungkitan.
2.5 Toleransi
Sanggup bertolak ansur, sabar dan dapat mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya perselisehan dan pertelingkahan.
2.6 Saling bermaafan
Sanggup meminta dan memberi maaf bahkan membalas keburukan dengan kebaikan.
2.7 Bermarwah
Menghiasi diri dengan budipekerti yang mulia melalui tuturkata’ tingkah laku, pakaian dan pergaulan.
2.8 Ibadah
Mengabdikan diri kepada Allah S.W.T dengan cara menjunjung segala perintah dan menjauhi laranganNya.
2.9 Sensitif kepada kezaliman
Sanggup tampil membela makhluk yang dihina, teraniaya dan dizalimi.
2.10 Kejujuran
Sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat yang baik, amanah dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.
2.11 Kerjasama
Usaha yang baik dan membina yang dilakukan oleh individu pada peringkat keluarga, komuniti dan masyarakat untuk menegakkan yang maaruf dan mencegah yang mungkar.
2.12 Semangat bermasyarakat
Kesediaan melakukan sesuatu dengan semangat kekitaan untuk kepentingan bersama bagi mewujudkakn keharmonian hidup bermasyarakat.
2.13 Bermuafakat
Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan yang baik.
3.0 IFFAH
Mengawal nafsu daripada perkara-perkara yang haram dan syubhah, supaya ianya terdidik ke arah melaksanakan perkara-perkara yang ma’arof serta sentiasa tunduk kepada petunjuk akal dan syarak.
3.1 Malu
Perasaan ‘aib, hina dan rendah diri kepada Allah S.W.T., manusia dan diri sendiri kerana membuat sesuatu yang keji dan dilarang Allah.
3.2 Kesopanan
Bersikap tenang, berbudi bahasa, berbudi pekerti dan bersopan santun dalam pergaulan.
3.3 Sabah
Tenang, tabah, redha dan ikhlas dalam menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan serta sentiasa berusaha mengatasinya.
3.4 Baik hati
Sentiasa mengambil berat tentang kebajikan orang lain dan memahami perasaan mereka secara tulus ikhlas dan ihsan.
3.5 Murah hati
Sedia memberi bantuan seca ikhlas dan ihsan kepada mereka yang memerlukan sama ada dalam bentuk kebendaan dan sokongan moral.
3.6 Kebebasan
Merasa tidak terkongkong melakukan sesuatu dengan penuh tanggungjawab berdasarkan peraturan syarak, norma masyarakat dan undang-undang negara.
3.7 Qana’ah
Redha dengan ketentuan Allah S.W.T., tenang menghadapi cabaran, sentiasa berusaha, dan tidak mudah berputus asa.
3.8 Berdisplin
Mengenal diri dengan cara menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira di mana ia berada.
3.9 Daya usaha
Berusaha untuk menyempurnakan diri dengan penuh azam dan semangat inisiatif, keriatif dan inovatif berlandaskan petunjuk Allah S.W.T.
3.10 Sejahtera
Jiwa yang tenteram dan tenang serta tidak menyakiti orang lain hasil daripada keupayaan mengawal hawa nafsu.
3.11 Wara’
Menjauhkan diri daripada perkara-perkara syubhah, haram dan beriltizam melakukan kerja-kerja yang baik.
3.12 Wasatiyah
Sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikirian, peraturan atau perlakuan supaya sesuai dengan agama, norma dan nilai masyarakat.
3.13 Kebersihan
Menjaga kebersihan rohani, jasmani dan mental serta alam sekitar bagi menjamin kesejahteraan hidup.
a. Kebersihan diri
Kebersihan diri dan tubuh badan daripada hadas, kekotoran dan najis untuk menjamin kesejahteraan hidup dan amal ibadat diterima Allah S.W.T.
b. Kebersihan persekitaran
Memelihara alam sekeliling supaya rapi dan bebas daripada kekotoran dan pencemaran.
c. Kebersihan mental
Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan orang lain.
d. Kebersihan rohani
Pemikiran, pertuturan dan perlakuan serta amalan yang bersih dari sebarang kepercayaannkarut dan khurafat terhadap Allah S.W.T.
3.14 Menghargai masa
Mengisi masa secara berfaedah dengan menepati waktu dan menyegerakan sesuatu tugasan.
a. Menepati waktu
Melakukan sesuatu tepat pada waktunya atau selaras dengan jadual yang ditetapkan.
b. Bijak mengurus masa
Tahu menyusun kerja mengikut keutamaan dan keperluan serta melaksanakannya dengan
cepat dan tepat.
3.15 Dedikasi
Berminat dan rela mengorbankkan masa dan tenaga dalam melakukan sesuatu perkara yang berfaedah.
4.0 SYAJAAH
Sanggup berjuang dengan penuh kesabaran mempertahankan agama, diri, akal, keturunan, harta benda, negara, maarwah dengan kekuatan fikiran, harta benda, tenaga dan jiwa.
4.1 Berjiwa besar
Sentiasa meningkatkan kebolehan diri, berwawasan, sanggup menghadapi risiko dan bersedia memikul tanggungjawab dengan tabah dan yakin.
4.2 Yakin diri
Kemampuan menghadapi dan menyelesaikan masalah serta boleh menjelaskan prinsip dan asas-asas dalam perkara yang berkaitan dengan syariat Islam berdasarkan dalil naqli dan aqli.
4.3 Hemah tinggi
Sentiasa bersedia melakukan segala amalan yang baik dengan penuh iltizam dan ikhlas ke arah kecemerlangan walaupun terpaksa menghadapi rintangan.
4.4 Tetap pendirian
Meyakini kebenaran dan berpegang teguh kepadanya dalam membuat sebarang keputusan dan tindakan.
4.5 Istiqamah
Tekal, tepat, tetap dan berterusan dalam mengerjakan sesuatu yang baik.
4.6 Berani mencuba
Berani mencuba dan sanggup melakukan sesuatu yang mencabar dengan penuh kreatif dan inovatif yang tidak bertentangan dengan syarak.
4.7 Tahan lasak
Mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta semangat juang yang tinggi hasil daripada yang latihan yang intensif dan sistematik.
4.8 Berdikari
Kesanggupan dan kebolehan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain selaras dengan peraturan dengan peraturan, undang-undang dan agama.
a. Berupaya bertindak sendiri
Sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa mengharapkan orang lain.
b. Yakin kepada diri sendiri
Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup bertindak.
c. Nasihat menasihati
Sedia memberi dan menerima nasihat dengan ikhlas dan sabar.
4.9 Berani berjihad
Sentiasa bersedia dan sanggup berjuang untuk mempertahankan agama, negara, keluarga dan diri serta kehormatan walaupun terpaksa mempertaruhkan nyawa daripada ancaman musuh dan godaan syaitan.
Orang yang faham, sabar, dan redha adalah orang yang memahami tentang taqdir Allah. Hanya orang yang tidak beriman kepada qada dan qadar tidak mampu untuk bersabar dan tak mampu untuk redha.

Wednesday, 19 July 2017
Sabar di atas musibah
Allah berfirman:
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الأَمْوَالِ وَالأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ (155)
Sesungguhnya kami akan menguji kalian dengan sedikitketakutan, kelaparan, kehilangan harta benda, kematian, buah-buahan yang tidak subur. Bergembiralah orang-orang yang sabar (155)
الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ (156)
Iaitu mereka yang apabila musibah menimpa mereka, lalu mereka berkata: Sesungguhnya kami milik Allah, dan sesungguhnya kami akan pulang kepadaNya. [Al-Baqarah : 155-156]
Dalam ayat di atas, Allah mengajar kita agar bersabar di atas segala musibah yang menimpa. Kesabaran kita akan terzahir pada reaksi kita pada saat musibah menimpa kita. Apakah perkataan pertama yang keluar daripada mulut kita? Apakah reaksi tingkah laku kita atas musibah yang menimpa? Petanda kita sabar dengan ujian Allah ialah apabila perkataan yang pertama keluar daripada mulut kita ialah lafaz al-Istirja’ iaitu:
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan sesungguhnya kami akan pulang kepadaNya
Lafaz al-Istirja’ yang kita sebutkan di lidah tatkala ujian melanda melambangkan kemurnian Tauhid kita, di mana kita faham bahawa Allah yang memiliki pemilikan mutlak ke atas semua perkara di dunia ini. Sehinggakan kita jua sedar apa yang kita miliki pada hari bukanlah milik kita pada hakikatnya. Ia jua melambangkan persangkaan baik dengan apa yang Allah putuskan.
عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ ، أَنَّهَا قَالَتْ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : ” مَا مِنْ مُسْلِمٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ ، فَيَقُولُ مَا أَمَرَهُ اللَّهُ : إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ ، اللَّهُمَّ أَجِرْنِي فِي مُصِيبَتِي ، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا ، إِلَّا أَخْلَفَ اللَّهُ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا “
Ummu Salamah berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Tidaklah seseorang Muslim, apabila dia ditimpa musibah, lalu dia membaca apa yang Allah arahkan kepadanya: Sesungguhnya kita milik Allah, dan kepada Nya kita akan kembali, Ya Allah berikan aku pahala untuk musibah yang menimpaku, dan tukarkanlah apa yang lebih baik daripadanya, melainkan Allah pasti akan menukarkan yang lebih baik untuknya. [Sahih Muslim, Kitab al-Janaiz, hadis no : 1531]
Akan tetapi, adakah sabar merupakan peringkat tertinggi dalam menghadapi ujian?
عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ ـ صلى الله عليه وسلم ـ إِذَا رَأَى مَا يُحِبُّ قَالَ ” الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ ” . وَإِذَا رَأَى مَا يَكْرَهُ قَالَ ” الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ ”
‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata: Apabila Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam melihat perkara yang dia sukai, baginda akan berkata: Segala puji bagi Allah, yang dengan nikmatNya, amal kebaikan menjadi sempurna. Apabila baginda melihat perkara yang baginda tidak suka, baginda akan berkata: Segala puji bagi Allah di atas segala keadaan. [Sunan Ibn Majah, Kitab al-Adab, hadis no: 3803, Shaikh al-Albani menyatakan ia hadis hasan dalam Sahih Ibn Majah]
Dalam hadis di atas, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menzahirkan kesyukuran di atas ujian yang menimpa baginda sallallahu ‘alaihi wasallam. Ia sesuatu yang pelik, akan tetapi ia hanya dapat difahami oleh insan-insan yang memahami hakikat dan realiti di sebalik ujian yang menimpa.
Shaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin di dalam Syarah Riadussolihin, ketika membahaskan bab sabar menyatakan bahawa terdapat empat keadaan manusia dalam menghadapi ujian atau musibah daripada Allah.
1- Enggan menerima
2- Sabar
3- Redha
4- Syukur
Peringkat paling rendah ialah yang pertama. Ia merujuk kepada hati yang mula bersangka buruk dengan apa yang Allah takdirkan. Mula berfikir yang bukan-bukan tentang Allah. Hatinya mula mempersoalkan keadilan Allah. Lisannya pula mula mengeluarkan kata-kata yang menzahirkan ketidak redhaan kepada apa yang Allah putuskan. Manakala tubuh badannya pula melakukan perbuatan-perbuatan yang mula merosakkan diri seperti enggan makan berhari-hari, memukul-mukul dan meronta-ronta.
Peringkat kedua daripada bawah ialah sabar. Hatinya masih membenci musibah yang menimpa, dia berasa sedih, kecewa, dan sakit di atas musibah yang menimpa. Tetapi hatinya tidak pernah menyalahkan Allah. Tidak pula hatinya berbisik bahawa Allah tidak adil. Lisan dan anggota tubuhnya terkawal daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang bercanggah dengan syara’ disebabkan musibah itu. Seorang mukmin, sewajarnya memastikan, inilah tahap paling rendah yang dia berada padanya. Jangan sehingga sampai terdetik sedikit di dalam hati prasangka buruk kepada Allah.
Peringkat kedua terbaik ialah redha. Ini merupakan satu peringkat yang sangat sukar dilakukan, tetapi ia menzahirkan sifat keimanan kepada qadha dan qadar Allah. Redha sehingga hatinya terbuka menerima ujian Allah. Seolah-olah tiada apa-apa yang buruk yang telah berlaku. Akan tetapi ini bukanlah peringkat yang terbaik.
Peringkat yang terbaik ialah syukur. Ini merupakan satu kedudukan yang sangat sukar dicapai. Di mana seorang insan, berasa gembira dan bersyukur apabila diuji, sehingga ucapan yang keluar daripada mulutnya ialah ucapan manusia yang menerima nikmat iaitu Alhamdulillah.
Peringkat terbaik ini bukanlah sesuatu yang mustahil dicapai. Seorang insan yang memahami bahawa setiap ujian itu mendatangkan pahala, dan menghapuskan dosa, mereka akan bersyukur dan mengucapkan tahmid tatkala diuji. Apakah nikmat yang lebih besar daripada pahala dan penghapusan dosa, yang mana penghujungnya ialah syurga dan dijauhkan daripada neraka. Pasti, untuk mencapai tahap ini, memerlukan satu keimanan dan penghayatan yang kuat kepada maksud-maksud ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Semoga Allah menjadikan kita manusia bersyukur tatkala ujian menimpa diri kita.

Ujian kematian - Menuntut kesabaran yang tinggi
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud Maha Suci Allah Yang berada di tangan-Nya segala kerajaan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu, Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (Al-Mulk : 1-2)
Kematian dan kehidupan sebagaimana yang dinyatakan di dalam firman Allah ini ternyata merupakan ujian yang bertujuan mengenali mereka yang terbaik amal perbuatannya. Mereka yang terbaik sudah tentulah mereka yang redha terhadap pelbagai ujian dan begitulah sebaliknya.
Menerima kehidupan sebagai satu ujian lebih mudah berbanding menerima ujian kematian. Seringkali apabila ditimpa sesuatu musibah atau mengalami sesuatu kegagalan, seseorang akan memujuk hatinya dengan berkata ``Ini ujian Tuhan, insya-Allah ada hikmahnya.'' Kata-kata seumpama ini harus dipuji. Ia menandakan kefahaman terhadap hakikat kehidupan sebagai satu ujian. Orang yang redha dengan ketentuan Tuhan dalam kehidupannya merupakan orang yang baik amal perbuatannya.
Sifat redha dengan ujian kehidupan ini tidak akan lahir dalam diri seseorang melainkan setelah ia memahami segala yang dimilikinya adalah pinjaman daripada Allah semata. Kehidupan ini juga merupakan medan ujian yang boleh datang pada bila-bila masa. Keterbukaan hati dan kesediaan jiwa menghadapi kemungkinan-kemungkinan ini adalah faktor penting bagi kekuatan jiwa dalam menghadapi sebarang ujian.
Unsur-unsur ini pula hanya lahir daripada keimanan yang kukuh terhadap keTuanan Allah dan kehambaan seorang manusia. Dalam waktu sama, tidak ramai yang memahami bahawa ujian hidup tidak hanya datang dalam bentuk musibah. Ujian hidup juga pada hakikatnya datang dalam bentuk kesenangan dan kemewahan hidup. Kelekaan dalam kemewahan sehingga mengabaikan kehidupan akhirat merupakan kegagalan dalam berhadapan dengan ujian ini. Kegagalan ini tidak melayakkan seseorang itu digolongkan di dalam kumpulan yang terbaik amal perbuatannya, sebagaimana dinyatakan dalam firman Allah s.w.t di atas tadi.
Setelah memahami kehidupan sebagai satu ujian, bagaimanakah pula memahami ujian kematian. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud Kami (Allah) pasti akan menguji kamu dengan ketakutan, kelaparan, kekurangan hasil kekayaan, kehilangan jiwa (kematian) dan kekurangan makanan. Dan sampaikanlah Khabar gembira pada orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah : 155). Dalam firman Allah ini, kematian atau kehilangan jiwa dinyatakan sebagai satu ujian.
Kematian atau kehilangan jiwa yang disebutkan di dalam ayat tersebut dikaitkan dengan sifat sabar. Allah menyeru agar Rasulullah s.a.w. menyampaikan khabar gembira bagi orang-orang yang sabar. Seruan ini menandakan ujian-ujian yang telah dinyatakan, termasuk ujian kematian merupakan perkara besar yang menuntut kesabaran dalam jiwa insan yang menghadapinya.
Kesabaran dalam menghadapi kematian orang yang disayangi bukanlah perkara mudah yang mampu dilakukan oleh semua orang. Menghadapi hari-hari yang mendatang tanpa orang tersayang merupakan cabaran besar. Kesunyian, kekosongan jiwa daripada belaian kasih, kehilangan perhatian daripada orang yang tersayang dan kerinduan yang memuncak boleh menyebabkan seseorang menjadi gila. Bayangan-bayangan sewaktu bersama amat sukar dilupakan. Kehadiran yang pergi dalam bentuk bayangan-bayangan yang hidup di depan mata sering datang bertamu dan amat sukar dihilangkan.
Bersifat sabar
Oleh yang demikian, mereka yang redha, bersifat sabar dan tenang dalam menghadapinya, selayaknya diberi khabar gembira dan diiktiraf sebagai mereka yang terbaik amal perbuatannya.
Namun demikian, kesabaran dalam menghadapi situasi ini bukanlah bererti tiadanya kesedihan dan terhalangnya air mata. Rasulullah s.a.w. juga menangis ketika kematian puteranya. Apabila ditanya para sahabat kenapa baginda menangis sedangkan baginda melarang meratapi kematian. Rasulullah s.a.w. menjawab Air mata itu bukti rahmat yang telah diletakkan Allah dalam hati (perasaan) hamba-Nya. Sesungguhnya Allah merahmati (kasih) terhadap hamba-Nya yang belas kasih sesamanya. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari sudut yang lain, memahami kematian sebagai satu ujian adalah iktibar yang dapat diambil daripada sesebuah peristiwa kematian. Peristiwa-peristiwa kematian seringkali diceritakan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam banyak hadis, antaranya yang terkandung di dalam sebuah hadis sahih riwayat Ibn Majah dan al-Baihaqi yang bermaksud :
Para malaikat turun mendatangi orang-orang yang sedang berhadapan dengan sakaratulmaut. Jika orang itu soleh, maka malaikat berkata. Keluarlah anda wahai roh baik yang berada di dalam tubuh yang baik. Keluarlah dalam keadaan terpuji. Bergembiralah menerima ketenangan, rezeki dan menemui Tuhan yang redha dan tidak murka.
``Ungkapan itu terus diulang-ulang hingga roh itu keluar. Kemudian roh dibawa naik ke langit. Pintu langit dibukakan untuknya dan ditanya, ``Roh siapa ini?'' Malaikat menjawab, ``Polan ibn Polan.'' Lalu dikatakan, ``Selamat datang wahai roh baik yang berada di dalam tubuh yang baik. Masuklah dalam keadaan terpuji. Bergembiralah menerima ketenangan, rezeki dan menemui Allah yang redha kepadamu dan tidak murka.'' Ungkapan itu terus diulang-ulang hingga roh sampai di langit yang ketujuh.
Azab
``Sebaliknya, apabila orang itu jahat, maka malaikat akan berkata, ``Keluarlah anda, wahai roh jahat dan berada di dalam tubuh yang jahat. Keluarlah dalam keadaan terhina. Rasakan azab berupa minuman daripada air yang sangat panas dan air yang tersangat sejuk dan banyak lagi azab lain yang seumpama itu.'' Ungkapan itu diulang-ulang hingga roh keluar. Kemudian roh dibawa naik, dimintakan untuk dibukakan pintu langit baginya, lalu ditanya ``Roh siapakah ini? DiJawab roh si Polan.'' Dikatakan kepadanya, ``Tidak ada ucapan selamat datang kepada roh jahat dan berada di dalam tubuh yang jahat. Kembalilah pulang dalam keadaan hina!'' Pintu-pintu langit tidak dibuka untuknya. Ia di usir dari langit dan kemudiannya masuk ke kubur.''
Peristiwa-peristiwa kematian yang diceritakan oleh Rasulullah s.a.w. ini tentunya bertujuan agar ia diambil iktibar oleh umat Islam. Peristiwa-peristiwa kematian ini menjadi ujian kepada mereka yang mengetahui agar menyediakan bekalan untuk berhadapan dengan-Nya.

❤ Sabar... Redha... Kuat... Tenang... Menangis ❤
❤ SABAR:
Sabar Di Sebalik Kemarahan
Sabar Di Sebalik Ujian
... Sabar Menyelesaikan Masalah
❤ REDHA:
Redha Dengan Ketentuan-Nya
Redha Terhadap Takdir-Nya
Redha Di Sebalik Setiap Yang Terjadi
Yakin Pasti Ada Hikmah Yang Allah Beri...
❤ KUAT:
Kuat Menghadapi Ujian
Kuat Melawan Nafsu Yang Tidak Baik
Kuat Mempertahankan Maruah Dan Agama
Kuat Menjalani Kehidupan Yang Penuh Berliku
❤ TENANG:
Tenang Menghadapi Kehidupan Yang Penuh Dugaan
Tenang Apabila Orang Berkata-Kata Nista Kepada Kita
Tenang Apabila Diri DiKhianati
Tenang Apabila Hati Dilukai
❤ MENANGIS:
Menangis Mengenangkan Dosa-Dosa Yang Lalu
Menangis Mengenangkan Kejahatan Dan Kesalahan Yang Lalu.
❤ "YA ALLAH, BINALAH UNTUKKU SEBUAH RUMAH DI SYURGA DEKAT DENGAN-MU". (DOA ASIAH....ISTERI FIRAUN).❤

Ujian ALLAH
DERITA NABI AYYUB A.S
Di dalam Al-Quran ada merakamkan kisah penderitaan penyakit yang terpaksa ditanggung oleh Nabi Ayyub. Di dalam Kitab Duratun Nasihin, pada bab kisah kesabaran Nabi Ayyub. Secara ringkasnya, Nabi Ayyub a.s merupakan seorang Nabi Allah yang dikurniakan nikmat kekayaan, kesihatan serta anak pinak. Beliau tidak pernah lupa untuk mensyukuri atas segala nikmat yang telah Allah SWT kurniakan.
Dengan izin Allah, kesabaran Nabi Ayyub a.s. diuji apabila Iblis membakar rumah, harta benda dan anak-anak Nabi Ayyub a.s. Iblis belum berpuas hati lantaran melihat ketabahan dan kesabaran Nabi Allah Ayyub. Lalu sekali lagi Nabi Ayyub di uji dengan jangkitan penyakit kulit yang kronik sehinggakan masyarakat di sekeliling merasa jijik melihatnya. Isteri-isterinya meninggalkan beliau kerana tidak mampu lagi menanggung malu dan kesengsaraan hidup. Yang tinggal hanyalah Nabi Ayyub bersama Siti Rahmah salah seorang dari isterinya yang solehah menemaninya walaupun keadan beliau yang serba dhaif. Selama 7 tahun Nabi Ayyub menderita, namun tidak lekang dari mulutnya berzikir memuji Allah SWT. Siti Rahmah juga akhirnya berjaya dihasut oleh iblis seterusnya meninggalkan Nabi Ayyub keseorangan.
Dalam pada itu, bermunajat Nabi Ayub a.s merintih pada Allah SWT sebagaimana firman-Nya : "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang". - Surah Al-Anbiya’: 83
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, Allah tidak membiarkan Nabi-Nya sepi sendirian. Maka Allah mengabulkan rintihan Nabi Ayub. Allah menyuruhnya agar menghentakkan kaki ke tanah, lalu keluarlah air yang sejuk dingin lalu diminum, dimandikan sebagai penawar. Firman Allah SWT : “Maka kami pun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami lenyapkan penyakit yang ada padanya dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya, dan Kami lipat gandakan bilangan mereka, sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Allah”. - Surah Al-Anbiya’: 84
Dengan izin Allah SWT, Nabi Ayub a.s telah kembali sihat seperti sedia kala, bahkan Allah mengurniakan zuriat lagi ramai, berganda-ganda dari yang hilang dan Allah juga mengembalikan kemewahan kepada Nabi Ayub a.s. sebagai tanda rahmat dan kasih sayang Allah.
Cebisan kisah Nabi Ayyub a.s. ini memberi pengajaran kepada kita bahawa musibah penyakit adalah ujian dari-Nya sebelum Allah mengurniakan rahmat kasih sayang-Nya. Allah SWT ingin menilai kesabaran dan keteguhan iman dan cinta kita kepada-Nya. Jangan sesekali berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar rintihan hamba-hambanya yang soleh. Percayalah, akan tiba masanya jika tidak di dunia, pasti di akhirat kelak akan terbit sinar kebahagiaan dan rahmat-Nya menerangi kehidupan, berkat kesabaran serta keimanan menempuhi ujian demi ujian.
HIKMAH DISEBALIK MUSIBAH PENYAKIT
Di sebalik setiap musibah yang menimpa manusia itu sebenarnya mempunyai hikmah yang tertentu. Musibah bukan sahaja datangnya sesuatu penyakit tetapi apa-apa dugaan yang Allah SWT menduga kita seperti masalah rumah tangga, masalah kewangan, masalah di tempat kerja, masalah pembelajaran anak-anak, masalah politik negara, banjir besar, tsunami, gempa bumi, kemarau dan sebagainya. Antara hikmah yang boleh kita ambil dari musibah yang dihadapi antaranya :
Mengangkat Darjat
Musibah yang menimpa seseorang merupakan jalan untuk Allah SWT meninggikan darjat seorang hamba-Nya. Kisah Nabi Ayub merupakan contoh yang terbaik. Nabi Ayub mempunyai kedudukan mulia di sisi Allah SWT, namun masih mampu berbaik sangka kepada-Nya . Sudahlah dirinya ditimpa penyakit. Isteri-isterinya juga menjauhkan diri. Namun Nabi Ayub tetap bersabar menerimanya sehinggalah Allah SWT mengembalikan semula kesihatan dan ditinggikan pula darjat di sisi-Nya. Sesungguhnya, kesabaran Nabi Ayub dalam melalui ujian Allah berkenaan mempunyai hikmah yang besar. Ujian dari Allah SWT datang kepada manusia-manusia yang Allah pilih sahaja. Kita hendaklah bersyukur sekiranya musibah datang kepada kita sebab kita di antara hamba-hamba Nya yang Allah SAW pilih untuk diduga.
Tanda Cinta
Musibah adalah tanda kecintaan Allah SWT kepada hamba-Nya, Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya besarnya pahala yang kita perolehi bergantung besarnya dugaan, dan Allah SWT apabila mencintai suatu kaum, maka Allah akan menguji mereka. Barang siapa yang redha, maka ia akan mendapatkan keredhaan-Nya dan barang siapa yang kesal terhadapnya, maka ia akan mendapatkan kemurkaan-Nya.” - (HR. Ahmad dan Tirmidzi).
Justeru itu, janganlah disesali akan musibah yang dihadapi, malah seharusnya disyukuri.
Belajar Erti Sabar
Yakinlah bahawa Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kesanggupannya dan kemampuannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah SWT mencintai orang-orang yang sabar dan sentiasa bersama-sama mereka, sebagaimana firman-Nya :
“Dan ingatlah Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar". - Surah Ali 'Imran : 146
Pembersihan Dosa
Sebagai manusia biasa, sudah tentu kita tiada terlepas daripada melakukan kesalahan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Hakikatnya iblis dan syaitan senantiasa menggoda nafsu kita agar terus menerus melakukan dosa. Sedangkan dosa itu menjauhkan diri kita dengan Allah SWT. Hikmah diturunkan kesakitan itu adalah sebagai cara untuk membersihkan diri kita terhadap dosa-dosa lalu. Ia bersesuaian dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." - (HR. Bukhari dan Muslim)
Memberi Keinsafan
Kita mesti bersyukur segala nikmat kesenangan yang diberi oleh Allah SWT. Dengan kehendak-Nya juga, nikmat kesenangan itu boleh hilang dalam sekelip mata. Janganlah dicela andai musibah menimpa. Ketahuilah bila anda sakit atau ditimpa sesuatu musibah, hakikatnya Allah SWT sedang memberikan perhatian kepada anda. Bukankah itu satu kemuliaan?
Pengubat Kepada "Ego"
Sakit menjadikan kita beringat akan nikmat sihat yang Allah SWT kurniakan hanyalah pinjaman semata-mata. Segala yang kita miliki adalah milik mutlak Allah SWT. Sakit adalah petanda bahawa kita adalah makhluk yang lemah. Didatangkan sakit atau apa-apa musibah, adalah untuk kita beringat bahawa kita ini hamba Nya dan kita tidak patut bersifat sombong dan bongkak kepada Allah SWT. Sesungguhnya musibah itu adalah pengubat kepada “ego” kita.
Lebih Dekat Dengan Tuhan
Dalam keadaan sakit, kita lebih mudah mengingati Allah. Merasa kelemahan dan ketidakmampuan di hadapan-Nya. Bila kita sakit kita akan bersungguh-sungguh memohon perlindungan kepada Allah SWT. Mungkin selama ini kita lalai. Keadaan ini akan mengingatkan kita kepada nikmat kesihatan yang dikurniakan oleh Allah. Jarang orang merasakan nikmat ketika sakit. Namun, bagi orang yang banyak bersyukur dan bersabar dalam menghadapi kesakitan, ia akan memperoleh nikmat.
"Turning Point" dalam Kehidupan
Bila kita terlalu leka dalam hal-hal duniawi, kita selalu lupa kewajipan kita untuk beribadah kepada Allah SWT. Hal-hal duniawi lebih penting dari hal-hal akhirat. Turunnya penyakit memberi keinsafan dan mula mendekatkan diri dengan Allah SWT. Sakit adalah ‘signal’ yang Allah SWT sangat mengasihi kita agar menjadi hambanya yang bertaqwa dan tidak terus lalai dan leka kerana matlamat sebenar kita adalah kehidupan abadi di akhirat kelak, bukan kehidupan dunia yang bersifat sementara.
Membersih Hati
Manusia yang tidak diuji dengan musibah menjadikan ia ujub dan takabbur. Hatinya menjadi kasar dan jiwanya beku. Musibah dalam bentuk apapun adalah rahmat Allah SWT. Ia dapat membersihkan jiwa dan menyucikan iman seseorang. Itulah ubat dan penawar kehidupan yang diberikan Allah SWT kepada setiap orang beriman. Ketika hati menjadi bersih dan suci maka sirnalah penyakitnya, martabatnya diangkat dan jiwanya dimuliakan.
PENUTUP
Sesungguhnya nikmat kesihatan yang kita perolehi pada ketika ini wajiblah kita syukuri. Seandainya ditimpa musibah penyakit maka mohonlah kesembuhan kepada-Nya. Perbanyakkan amal ibadah, dekatkan diri dengan Al-Quranul Kareem kerana di situ ada penawar kesembuhan dari segala macam penyakit dengan Izin Allah. Firman Allah SWT : “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.” - Surah Al-Isra’:82
Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, kami hanya boleh memberi panduan rangkaian ayat-ayat Al-Quranul Kareem untuk pesakit-pesakit amalkan tetapi kuasa penyembuhan mutlak adalah dari Allah SWT. Setiap rangkaian ayat yang diamalkan itu ibarat sebagai ubat panawar kepada penyakit yang dialami. Maka berdoalah kepada Nya dan mohon keredhan dan keampunan semoga segala musibah penyakit yang diturunkan akan segera sembuh kembali,
Inshallah.

Ujian Itu Hadiah Dari Allah
Ujian Dari Allah Buat Hambanya |
Hari terus berganti hari. Kehidupan manusia juga terus berjalan pantas seiring dengan masa yang pantas berlari. Di celah-celah hari berwarna-warni yang di jalani dan ditelusuri, tanpa disedari atau tidak, manusia sebenarnya telahpun menempuh pelbagai ujian dan dugaan duniawi. Ujian-ujian yang diberi oleh Allah itu datang menyapa silih berganti dalam pelbagai bentuk dan rupa. Setiap orang diuji olah Allah berbeza-beza mengikut tahap kemampuannya.
“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya… ( Al-Baqarah: 286)
ALLAH telah menyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran bahawa DIA tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. ALLAH mengetahui kita kuat dalam menghadapi ujianNya, oleh kerana itu ALLAH memberikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya ALLAH kepada kita sebagai hambaNya.
ALLAH menguji seseorang bukan kerana ALLAH benci kepada kita tetapi percayalah ALLAH menguji kita kerana DIA sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya, adakala tidak mampu bertahan dan bersabar dalam menghadapi ujianNya.
Hakikatnya saat ini, saat kita sedang mengecapi bahagia, ada berjuta manusia di luar sana yang sedang dihujani ujian atau dihimpit pelbagai derita. Ada di kalangan manusia di luar sana yang saat ini sedang diuji dengan kehilangan orang tersayang. Tidak kurang juga ada manusia yang diuji apabila apa yang diingini dan diharapkan tidak terjadi dan diberi.
“ Kenapa aku yang diuji ? “
“ Mengapa aku diuji sebegini ?”
“ Ujian ini sangat berat. Aku tak mampu…”
Mungkin ini adalah antara persoalan dan keluhan yang meniti di bibir atau berlegar di fikiran kita sebagai seorang hamba saat dihimpit dengan secebis ujian. Kadangkala tanpa sedar dan niat kita juga terlanjur marah pada DIA kerana menghujani kita dengan pelbagai ujian.
Tetapi, apabila kita menenangkan diri dan bermuhasabah kembali, tenyata sebenarnya dengan ujian yang diberi kita adalah hamba yang beruntung . Mengapa saya katakan begitu? Kerana ujian hanyalah diberi oleh Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Hamba-hambanya yang dikasihi dan disayangiNya. Dan jangan kita lupa bersama ujian itu juga ada pertolongan dari Allah sepertimana yang dinyatakan di dalam Al-Quran:
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). ( Al-Baqarah: 214)
Sebagai manusia biasa, kita pastinya tidak akan mampu menjangka bilakah ujian itu akan muncul tiba. Walaubagaimanapun, jika kita mengetahuinya, apalah kudrat kita sebagai seorang hamba yang kerdil lagi penuh dosa untuk menolak ujian-ujian yang bakal menyapa itu.
Jika direnungkan kembali, kita semua pastinya pernah dan akan ditimpa ujian dari yang Maha Esa, tetapi saat ujian itu tiba, mampukah kita menjadi manusia yang bersyukur dengan ujian itu dan memandangnya sebagai hadiah pemberian Allah?
Manusia itu sifatnya pelupa, Ada masanya dalam melayari kehidupan di dunia, kita lalai dan leka pada hakikat yang nyata bahwa kita hanyalah hamba DIA yang Esa. Jadi apakah sebenarnya yang mampu membangkitkan manusia dari kelalaian dan kealpaan ini? UJIAN. Ya, Ujian. Ujian atau mehnah yang menjengah dalam kehidupan kita itulah sebenarnya yang mampu mengejutkan kita dari mimpi dunia yang panjang.
Allah Tuhan yang Maha Mengetahui. Mungkin tanpa ujian-ujian dan dugaan yang dikirimkan khas oleh DIA untuk kita, kita masih lagi menjadi seorang hamba yang hanyut dan lemas dalam lautan kelalaian. Apa yang paling utama sebenarnya adalah “ hadiah ” itu dikirimkan oleh Allah bertujuan untuk menilai sejauh mana keimanan kita terhadapNya sepertimana yang dijelaskannya di dalam Al-Quran:
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Al-Ankabut: 2)
Justeru, marilah kita sama-sama bermuhasabah dan menilai kembali segala prasangka buruk yang mungkin pernah bermain di fikiran kita saat kita diuji. Inilah saatnya bagi kita, saya dan anda yang sedang membaca, merubah fikiran kita dan mula memandang ujian-ujian yang telah dan akan kita lalui sebagai sebuah ‘ hadiah’ dari Allah dan bukan lagi satu bebanan. Apabila kita benar-benar menyedari hakikat ini, maka kita akan menjadi seorang hamba yang bersyukur dengan segala ujian yang diberi.
Kepada semua yang dikasihi oleh Allah,
Jika anda saat ini sedang diuji, ingin saya sampaikan sesungguhnya bersyukur dan berbahagialah anda kerana ujian itu hadiah daripada Allah.

Saturday, 15 July 2017
Sabar dan Redha Ketika Menghadapi Musibah
Apabila Allah uji kita dengan fitnah/ ujian kesusahan, bagaimanakah caranya kita mahu menghadapi ujian ini?
Pertama sekali ialah sabar. Sabar dalam bahasa Arab membawa maksud ‘kurung’ atau ‘penjara’. Yakni bermaksud mengurung emosi dan nafsu kita.
Sebagai contoh ada orang yang tertekan dan ingin terjun bangunan.Adaorang tidak mampu menahan tekanan rasa mahu menjerit.Adapula teori kaunseling mengatakan, menjerit dan meluahkan satu dari cara meredakan tekanan. Itu menurut teori psikologi moden.
Walhal Islam mengajarkan supaya wudhu, solat dua rokaat dan mengadu kepada Allah. Bukan menjerit.Adayang menjerit hu ha hu ha kerana tension. Adakah ini cara yang betul untuk menghilangkan tekanan?
Menurut Islam, tekanan ini diselesaikan dengan sabar. Itu sebab Allah menceritakan kelebihan-kelebihan orang yang sabar. Sebagai contoh,
“khabar gembira bagi orang yang sabar” (al-Baqarah, ayat 155).
Manakala cirri-ciri orang yang sabar ialah redha seperti dalam firman Allah,
“Yakni orang-orang yang apabila ditimpah musibah, mereka berkata inna lillahi ilaihi rojiun.” (al-Baqarah, ayat 156)
Maksudnya dia redha dengan apa yang menimpa. Oleh sebab itu, kita harus redha dengan dugaan dan ujian yang Allah timpakan kepada kita.
Kita selalu lihat apa yang berlaku di luarsana, ada ramai orang yang diuji lebih teruk daripada kita. Jangan kita lihat hanya diri kita semata-mata. Kemudian sejauh mana hubungan baik kita dengan Allah.
Itu yang harus kita jadikan sebagai motivasi dan muhasabah.Kita selalu meminta dari Allah, namun tidak pernah memberikan ketaatan. Kita tidak akan dibantu oleh Allah seandainya kita tidak membantu agama Allah. Seperti firman Allah,
“Sekiranya kamu tolong agama Allah, nescaya Allah tolong kamu” (Surah Muhammad, ayat 7)
Maksudnya bukan kita menolong Allah, sebaliknya menolong agama Allah. Caranya ialah dengan mentaati perintah Allah.Ini cara untuk melahirkan perasaan redha.
Orang yang faham sabar dan redha ini ialah orang yang memahami taqkir Allah. Hanya orang yang tidak beriman kepada qada dan qadar tidak mampu untuk bersabar dan tak mampu untuk redha.

Subscribe to:
Posts (Atom)